Wednesday, February 23, 2011

Batik Cake

  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • setengah tin susu pekat
  • 4 biji telur A
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter atau majerin
 Cara Buat
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan agak kasar. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.
Rangup..biskut tak lemau..
resepi asal guna satu tin..tapi syura guna stgh tin saja..sbb kalau satu tin manis la...



 Cara susun dalam loyang
Sumber : Hana

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...